Saturday, 18 May 2013

10 Kematian Paling Tragis Dalam Pembikinan Filem



Terkorban: Vic Morrow dan aktor cilik Myca Dinh Le (umur 7 th) dan Renee Shin-Yi Chen (umur 6 th)

Dalam segmen filem yang diarahkan oleh John Landis pada 23 Julai, 1982, pelakon Vic Morrow dan pelakon Myca Dinh Le kanak-kanak (umur 7) juga Renee Shin-Yi Chen (umur 6) meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan sebuah helikopter yang digunakan. Helikopter yang telah di ketinggian hanya 25 kaki (8 meter), terlalu rendah untuk mengelakkan letupan yang digunakan dalam pembuatan letupan.

Kemalangan ini membawa kepada pengharaman ke atas dunia filem untuk mengharamkan Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berbahaya pada filem.

9. Top Gun


Terkorban: Art Scholl

Juruterbang aerobatic yang terkenal, Art Scholl, direkrut untuk melakukan penerbangan dalam scene filem untuk menghasilkan imej yang sempurna untuk filem tersebut. Art Scholl dalam skripnya diminta untuk melakukan spin flat, tetapi Scholl tidak dapat mengawal dan akhirnya pesawat yang diterbangkannya jatuh ke Lautan Pasifik, di selatan pantai California.Punca kemalangan masih tidak diketahui. Top Gun didedikasi untuk mengingati Art Scholl

8. The Return of the Musketeers


Terkorban: Roy Kinnear

Pada 20 September 1988, Madrid, Spanyol, aktor
Roy Kinnear telah patah tulang pinggangnya setelah jatuh dari kuda lalu
dia tak dapat di selamatkan.

7. The Flight of the Phoenix


Terkorban: Paul Mantz

Dalam produksi filem, 1965, Paul Mantz tidak menggunakan stunt untuk menerbangkan pesawat untuk hasil filem yang maksimum, tetapi dia melakukan kesalahan pada masa manuver take-off.

6. Jumper


Terkorban: David Ritchie

Untuk membuat adegan yang ditetapkan dalam satu Samuel Jackson, dengan menggunakan campuran pasir, tanah dan ais. Krew produksi, David Ritchie ditimpa pasirbeku dan tanah yang
ingin di punggah ke salah satu set outdoor, dimana cuaca ketika itu masih lagi dingin.

5. X*X 

 

Terkorban: Harry L O’connor

Dalam satu lagak ngeri, Van Diesel perlu melakukan parasailing, tetapi nahas apabila ia melanggar sebuah jambatan.

4. The Final Season


Terkorban: Roland Schlotzhauer

Jurukamera terkenal yang selalu mengambil gambar berkualiti dari helikopter, nahas pada oktober 2007, dimana helikopter yg digunakan untuk mengambil gambar di filem ini telah terjatuh.

3. Troy




Terkorban: George Camilleri

Stuntman, Brad Pitt patah kaki pada ketika adegan pengambaran, dan tidak dapat diselamtakan lagi apabila dibawa ke Hospitalkerana darah beku pada luka tersebut.

2. The Crow


Terkorban: Brandon Lee (anak Bruce Lee)

Pada tarikh 31 Mac 1993 di North Carolina studios, Wilmington NC. Pada baki 8 hari untuk menyelesaikan filem tersebut, ada satu set dimana Lee (Eric Draven) menyaksikan tunangnya akan diperkosa oleh Michael Masse. Di dalam set itu Michal Masse menembak Eric Draven dan senjatanya berisi dengan peluru sebenar.

1. Enter the Dragon

 

Terkorban: Bruce Lee

Bruce Lee meninggal bukan kerana pembengkakan otak, tapi Penyusutan OTAK. Kerana pada saat autopsi otaknya di dapati menyusut 100cc, penyebab kematiannya di putuskan kerana keletihan. Para Martial Artist berpendapat hal tersebut terjadi kerana tubuh yang paksa melebihi hadnya, Contohnya begini: misalnya anda mengangkat beban, di titik tertentu andaakan merasa sangat-sanagt tidak berdaya utk melakukan angkatan tapi anda paksa sampai tubuh dan kepala anda bergetar, perkara inilah yang tidak elok. Bruce Lee melakukan ini setiap hari dan hampir setiap saat di mana dia tidak bekerja maka dia akan berlatih.

Ketika kematiannya atau lebih tepat iaitu setelah dia menyelesaikan pengambaran babak aksi untuk filem GAME OF DEATH yang mana merupakan filem terakhirnya. Bukan ENTER THE DRAGONSehinggakan ada rakan Bruce yang berkata jangan gunakan perkataan "DEATH" pada tajuk filem-filem Warner Bros.

Tambahan pula, filem GAME OF DEATH adalah satu satunya filem yang menggunakan mayat sebenar untuk scene kematian di mana watak utama akhirnya meninggal di penghujung cerita. Didalam adegan itu menunjukkan pengebumian Bruce Lee dan kelihatan mayat Bruce Lee yang sudah di balsem dan dimasukkan kedalam keranda yang disaksikan seluruh Hong Kong.

Saturday, 23 February 2013

Misteri Kapal Berhantu Flying Dutchman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kisah dan misteri mengenai Kapal Hantu Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis dengan mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of the Caribbean Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut. Dan yang sebenarnya kapal ini bukanlah sebuah cerita dongeng tempatan kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar.




The Flying Dutchman dianggap sebuah kapal hantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan perairan yang bergelora. Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik saja ia mendekati kapal yang berada didalam laluannya. Bagi ahli-ahli pelayaran di sekitar Eropah dan Barat ,mereka percaya The Flying Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun.Kapal ini akan menggangu mana2 kapal dagang ,persiaran yang lalu berhampiran dengan mereka.
Mengikut fakta ,The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg.Dia telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Konon ceritanya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya

Sehingga kini kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka.Bagi mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan badam kuda di kapal mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika. Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.
Malahan ntuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Mulkzenberg. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah ingin melanggar batu karang. Penampakan The Flying Dutchman kembali terlihat oleh awak kapal laut militer M.H.S Jubilee di dekat Cape Town di bulan ogos 1942.
Bahkan ada suatu catatan kisah tentang pelayaran Christoper Columbus ,waktu itu krew kapal Columbus melihat ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang. Setelah itu krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal tidak lama kemudian.
Di bawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini:


1823 : Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman

1835 : Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal
1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.
1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.
1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.
1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.
1941 : Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.
1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

#Inilah antara secebis kisah penampakan dan kejadian aneh yang berlaku yang direkodkan dan sehingga kini terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal Flying Dutcman 


LG Perkenal Telefon Pintar Lebih 2 Juta Piksel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Firma Korea Selatan, LG Electronics memperkenalkan versi terbaharu telefon pintarnya yang menawarkan skrin beresolusi lebih tinggi bagi mengatasi saingannya termasuk Samsung.

Dinamakan Optimus G Pro, gajet tersebut merupakan telefon pintar LG pertama yang menawarkan skrin resolusi tinggi (HD) penuh.
Dalam satu kenyataannya, LG memberitahu, telefon pintar itu sudah mula dijual di Korea Selatan dan berada di pasaran Jepun serta Amerika Utara pada suku kedua tahun ini.
Telefon baharu itu dijana perisian Android dan berukuran 15.2 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 7.6sm.
Optimus G Pro menampilkan paparan 13.9sm (5.5 inci) dengan lebih dua juta piksel atau dua kali ganda melebihi piksel skrin HD telefon pintar biasa untuk imej lebih terang serta jelas.
“Dengan saiz telefon pintar kini semakin besar, fungsi visualnya menjadi bertambah penting,” kata LG dalam satu kenyataan.
LG yang merupakan pengeluar televisyen skrin rata kedua terbesar di dunia dan pembuat telefon kelima terbesar telah bergelut selama beberapa tahun dalam pasaran telefon pintar untuk menyaingi iPhone dan Galaxy S.
Namun, promosi beberapa model baharu menyaksikan jualan telefon pintar LG pada suku keempat 2012 melonjak 56 peratus berbanding tahun lalu untuk mencatat jualan mencecah 8.6 juta unit. – KOSMO ONLINE
## Apa pendapat anda terhadap telefon pintar ini?

Antara Sebab Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati

Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.

* Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
* Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m.

* Disebabkan kedudukannya yang rendah itu, air Laut Mati tidak dapat mengalir ke mana-mana. Sebab itu ia dipanggil Laut mati. Tambahan pula, setiap hari sekitar 7 juta tan air Laut Mati menguap ke udara, menjadikan air laut ini bertambah masin.


* Airnya mempunyai kemasinan ke-2 tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 9 kali lebih masin dari laut biasa!

* Bandingkan pula dengan kadar garam di dalam tubuh kita yang hanya 1-2%. Maka tak hairanlah kita akan terapung ketika berenang di Laut Mati.


Mitos Kelahiran Merlin a.k.a Dajjal


rupa sebenar Merlin a.k.a Dajjal

Siapa sebenarnya Merlin yang disebut didalam buku Robert De Borron yang menulis trilogi tentang Merlin yang bertajuk The Romance Of Merlin pada tahun 1195

"Menurut asal kejadiannya, iblis sungguh amat terganggu dengan perjalanan hal ehwal bumi, Maka diutuskan syaitan untuk menghamilkan seorang wanita, Hasil dari benih ini lahir anak yang mempunyai kepuyaan dan ilmu kuasa iblis.."

Sekali lagi saya merujuk buku Muhammad Isa Dawud, ini satu kebetulan dan bukan direka-reka. Ia umpama titik pertemuan sejarah kelahiran Dajjal. Merlin adalah epik Barat yang mengandungi seribu tanda tanya. Seluruh umat Islam khususnya di rantau ini (alam melayu) tidak pernah ambil peduli malah kita tidak dapat melihat hubungan kisah aneh diantara Merlin dan Dajjal yang disebut oleh Nabi SAW. Kita menyangka kisah Dajjal hanya berkisar di tanah jazirah Arab dan tidak lebih dari itu. Padahal, watak dan ciri yang terdapat pada Merlin menghampiri figura Dajjal yang disebut oleh Nabi SAW. John Matthews didalam tulisannya mengatakan:-

  "Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Didalam senarai pekara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencantuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil didunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magis dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari oleh kita." 

nobody perfect.~~ ^_^v

This Is me!!  ^_^v






Friday, 22 February 2013

Anda Pandai??


Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....

Ready? GO!!! lihat bawah


Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

-
--
-
-
-
--
--
--
-
-
-
-
-
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?

-
--
-
-
-
--
--
--
-
-
-
-
-

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Soalan Ketiga:
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?

-
--
-
-
-
--
--
--
-
-
-
-
-


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan: Sebenar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan ke empat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

-
--
-
-
-
--
--
--
-
-
-
-
-
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

-
--
-
-
-
--
--
--
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
--
--
--
-
-
-
-
-
Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati mudah sahaja.


Apa? Anda tidak dapat menjawab 1 soalan dengan betul? Nampaknya anda belum boleh di letak diantara gologan genius.